Make your own free website on Tripod.com
" Kebahagiaan Anda Matlamat Kami"
  Selamat Datang Ke Pusat Rawatan Al-Muntadzar  

 
Prof. Dr. Norhisham Wahab, Pengasas Colour Vibration Therapy (CVT)

 

   

RAWATAN INSTRUKTIF

Penyembuhan instruktif adalah berdasarkan kepada konsep bahawa tubuh mempunyai atau memiliki kesedaran dan kecerdasan. Kesedaran dan kecerdasan tubuh ini menyebabkan ia mampu menerima dan mengikut perintah.

Kesedaran dan kecerdasan tubuh dinamakan fikiran bawah sedar. Istilah fikiran bawah sedar menunjukkan tubuh berada di bawah tingkat kesedaran biasa. Kawalan fikiran bawah sedar menyebabkan pelbagai sistem tubuh mampu berfungsi secara otomatik dan secara harmonis. Ianya juga dapat menghasilkan tindakan biokimia yang sangat kompleks yang terjadi secara harmonis di dalam tubuh.

Cakra juga mempunyai kesedaran dan kecerdasan yang dinamakan fikiran bawah sedar cakra. Oleh sebab itu, cakra dapat mengawal dan memberi energi. Cakra dan fikiran bawah sedar cakra berada dalam kawalan fikiran bawah sedar fizik.

Organ-organ juga mempunyai kesedaran dan kecerdasan yang dinamai fikiran bawah sedar organik. Organ-organ dan fikiran bawah sedar organik dikawal oleh cakra major atau fikiran bawah sedar cakra yang berkaitan. Fikiran bawah sedar organik sama dengan cakra minor. Sel-sel juga mempunyai kesedaran dan kecerdasan yang dinamai fikiran bawah sedar selular. Sel-sel dan fikiran bawah sedar selular berada dalam kawalan fikiran bawah sedar organik.

Berdasarkan keterangan di atas, perintah dapat diberikan secara langsung kepada sel, organ, cakra dan kepada fikiran bawah sedar fizik. Dengan perintah yang diulang-ulang dan dinyatakan secara lembut dan senyap (gema suara) dapat mempercepatkan halaju pemulihan.

Berbicaralah dan buatlah penegasan secara lembut dan penuh kasih sayang kepada tubuh, organ, cakra dan bahagian anggota yang terganggu dan mintalah agar ia lekas sembuh.

Penyembuhan instruktif adalah sebahagian daripada penyembuhan prana Ahlusyifa. Bagi kes ringan, ia mendatangkan hasil yang baik, tetapi bagi kes berat ianya memerlukan perawatan prana Ahlusyifa. Penyembuhan instruktif digunakan semasa atau selepas perawatan prana Ahlusyifa untuk meningkatkan halaju penyembuhan.

RAWATAN PREVENTIF

Tahap awal yang harus diperhatikan dalam penyembuhan sesuatu penyakit adalah melakukan penyembuhan preventif.

a. Lakukan Nafas yang benar.

Nafas yang dilakukan dengan sedar dan benar akan menghasilkan energi. Cara bernafas yang benar adalah dengan mengembungkan perut ketika menarik nafas dan mengempiskannya ketika kita hembuskan.
Salah satu teknik untuk menghilangkan penyakit sesak di dada adalah dengan menarik nafas, tahan di perut beberapa saat sambil membayangkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Kemudian hembuskan nafas sambil mengucapkan istighfar dalam hati. Jika dilakukan berulang-ulang sambil menyadari nafas anda, insyaAllah dalam beberapa saat dada akan merasa ringan. Ketika kita berzikir atau berdoa sambil menyadari nafas kita maka akan ada energi yang terpancar dari doa atau zikir yang kita ucapkan.

b. Latihan Fizik yang Cukup dan Benar

Latihan fizik yang kita lakukan mempunyai efek pembersih secara fizik dan secara eterik.
Secara fizik, zat-zat racun dan limbah yang ada dalam tubuh kita dibuang melalui keringat dan peredaran darah akan menjadi lebih baik.
Solat-solat yang dilakukan beberapa rakaat jika dilakukan dengan penuh kesedaran, selain memiliki nilai-nilai ibadah secara ritual juga memiliki nilai latihan secara fizik.

c. Jaga Kesihatan Tubuh Eterik

Kesihatan yang harus kita perhatikan meliputi kesihatan tubuh secara fizik kesihatan secara emosional, kesihatan secara rohani dan kesihatan secara eterik.
Menghisap rokok adalah satu hal yang dapat mencemari tubuh kita secara fizik dan secara eterik. Seorang perokok akan mengalami pencemaran pada beberapa cakra utama sehingga Aura tubuhnya menjadi kecil dan berwarna gelap. Demikian pula dengan orang yang memiliki kebiasaan meminum minuman keras dan ubat-ubat terlarang lainnya. Tempat-tempat tertentu seperti Rumah sakit, kuburan tempat pembuangan sampah, disko, bar, rumah maksiat memiliki eterik yang sangat kotor yang akan mencemari manusia yang berada pada tempat tersebut dalam jangkamasa yang lama.

d. Jaga kebersihan rohani dan jasmani

Fikiran dan sikap positif seperti Rasa Bahagia, kebaikan, kegembiraan, keghairahan dan sebagainya akan meningkatkan lagi energi tubuh secara fizik dan eterik.
Emosi negatif atau dikenal dengan penyakit hati seperti kemarahan, kebencian, rasa cemburu berlebihan, tidak percaya diri, takabur, ujub dan yang sejenisnya akan mengganggu Cakra Solar Plexus dan secara fizik akan merosakkan organ-organ penting dalam tubuh kita seperti jantung, paru-paru, hati dan lain-lain.

Menyimpan dan memelihara penyakit hati dalam waktu yang berpanjangan akan mengakibatkan penyakit:
1. Migrain
2. Sinusitis Akut
3. Glaukoma
4. Penyakit pernafasan
5. Penyakit jantung
6. Diabetes
7. Tekanan darah tinggi
8. Rosak ginjal
9. Radang sendi / reumatik
10. Kanser
11. Penyakit usus
12. Radang hati
13. Kolesterol tinggi

e. Pemaaf dan pencinta

Beberapa penyakit diakibatkan oleh emosi yang tidak terkawal. Sikap dendam terhadap kesalahan orang lain dan kebencian yang sangat dalam akan mengakibatkan penyakit yang cukup berat secara fizik.
Penyelesaian yang terbaik adalah dengan memaafkan kesalahan orang lain, atau kita minta maaf atas kesalahan kita terhadap orang lain.
Tindakan memaafkan memiliki sifat menyembuhkan dan sangat perlu untuk kesihatan mental dan rohani kita. Selain itu, Cakra Solar Plexus dan cakra-cakra lain akan menjadi normal dan sihat.
Tanamkan rasa cinta kasih kepada sesama makhluk ciptaan Tuhan meskipun dia dari bangsa, agama atau mahzab yang lain dengan kita.
Sikap kritis yang berlebihan juga akan mengakibatkan penyakit secara fizik.

f. Menjaga makanan yang masuk ke dalam tubuh

Makanan yang kita makan harus bersih dan sihat secara fizik, halal secara fikh dan akhlak, sihat secara eterik.
Makanan yang mengandung unsur sayur-sayuran dan buah yang segar memiliki eterik yang baik dan boleh meningkatkan aura kita.
Terlalu banyak makan daging, makanan berpengawet, makanan segera dan sejenisnya selain mahal, juga sangat buruk secara eterik.
Makanan yang secara fiziknya sihat, secara syariat halal juga masih boleh tercemar secara eterik jika orang yang memasak makanan tersebut memiliki akhlak atau emosi yang buruk. Eterik kotor akibat akhlaknya akan mencemari makanan itu sehingga secara eterik menjadi tidak sihat.

g. Pelihara hubungan sosial

Seseorang yang sering menyakiti orang lain, merampas hak orang lain, memutus rezeki orang lain akan mengalami balasan dalam bentuk penyakit paru-paru yang parah dan dia akan sangat sulit bernafas dan tersengal-sengal.
Kunci utama untuk menuju kesihatan yang baik adalah dengan menghindari kekejaman terhadap sesama manusia bahkan makhluk ciptaan Tuhan

 
       
 

ORDER ONLINE

 
   

Home I Lokasi I Rawatan CVT I Ahlusyifa I Rawatan Jarak Jauh I Servis I Produk I Kursus I Pesanan I Pertanyaan

Copyright © 2003 Pusat Rawatan Al-Muntadzar. All Right Reserve
E-mail : almuntadzar@harmonisers.net
Term Of Use l Privacy & Policy
Created by: MyNetx