Make your own free website on Tripod.com
" Kebahagiaan Anda Matlamat Kami"
  Selamat Datang Ke Pusat Rawatan Al-Muntadzar  

 
Prof. Dr. Norhisham Wahab, Pengasas Colour Vibration Therapy (CVT)

 

   
PROGRAM PENERANGAN DAN RAWATAN

Program penerangan CVT dan Ahlusyifa akan diadakan dari semasa ke semasa atas permintaan dan undangan. Program ini boleh dilakukan dalam kelompok kecil (10-15 orang) atau kelompok yang lebih besar. Program rawatan akan disusuli selepas itu. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada tempat, masa dan tarikh yang sesuai.

KURSUS PERUBATAN SPIRITUAL ISLAM AHLUSYIFA
(Peringkat Asas / sijil)

1. Pengubatan secara spiritual dan supernatural adalah sebuah teknik penyembuhan ilmiah yang menggabungkan kekuatan energi kehidupan alamiah, kekuatan doa, kekuatan fikiran, kekuatan metafizik, kekuatan daya batin dan kekuatan potensi asas yang dimiliki setiap orang.

2. Pengubatan ini boleh dilakukan dalam jarak beberapa meter sehingga beberapa ribu kilometer tanpa perlu menyentuh pesakit.

3. Kaedah penyembuhan ini sangat mudah, mampu dipelajari dan dikuasai dalam waktu singkat oleh setiap orang yang memiliki kecerdasan pemikiran meskipun datang dari pelbagai latar belakang agama dan pendidikan, mempunyai daya tumpuan (konsentrasi) yang baik, berfikiran terbuka dan memiliki ketekunan.

4. Yang lebih penting dari itu ialah kaedah perubatan Ahlusyifa ini adalah tidak menyimpang dari syariat Islam, tidak mengandungi unsur-unsur mistik dan tahayul serta tidak menggunakan perantaraan khadam atau jin dalam proses penyembuhan pesakit.

5. Setelah mengikuti kursus ini, para perserta bakal memiliki kemampuan untuk menyembuhkan diri sendiri dan orang lain, baik secara berhadapan atau secara jarak jauh.

6. Faedah lain yang bakal diperolehi hasil dari kursus ini ialah para peserta akan menjalani kehidupan yang lebih tenang dan ceria, lebih sihat, berfikiran jernih serta memiliki semangat hidup yang lebih tinggi.

Kursus Perubatan Ahlusyifa Terbahagi Kepada 3 Peringkat:

1. PERINGKAT ASAS (BASIC)
Sijil Perubatan Islam Ahlusyifa

2. PERINGKAT LANJUTAN (ADVANCE)
Diploma Perubatan Islam Ahlusyifa

3. PERINGKAT TINGGI (HIGH LEVEL)
Ijazah Perubatan Islam Ahlusyifa

Antara ilmu-ilmu yang bakal diajarkan dalam kursus peringkat asas / sijil Ahlusyifa ialah:

  • Teknik mengesan potensi energi yang ada pada tubuh manuasia, alam, udara dan matahari
  • Mengatur dan mengendalikan energi
  • Mengesan dan mengenali titik-titik energi di dalam tubuh manusia.
  • Teknik menyerap dan mengaktifkan sumber energi di dalam tubuh manusia
  • Teknik pembersihan energi negatif (penyakit) di dalam tubuh pesakit
  • Teknik penyembuhan dalam bentuk memindahkan energi positif ke dalam tubuh pesakit.
  • Latihan fizkal dan teknik pernafasan menurut kaedah Ahlusyifa.
  • Kaedah meditasi Ahlusyifa melalui bacaan doa dan tawassul.
  • Teknik penyembuhan jarak jauh dengan menggunakan telefon, chatting dan SMS.
  • Teknik mengubati diri sendiri dan orang lain
  • Mengesan penyakit dengan menggunakan jari.
  • Teknik sweeping (penyapuan) penyakit.
  • Menggunakan energi yang tepat untuk penyembuhan.
  • Kaedah mengubati penyakit dengan kesan yang langsung dirasakan.

Antara Penyakit-Penyakit Yang Mampu Disembuhkan Pada Peringkat Asas (Basic) Ialah:

• Demam • selsema • batuk • sakit mata • sakit kepala • migrain • sakit perut • resdung • penyakit hati dan hempedu • kebas • ghout • kegemukan • darah tinggi • anak degil / nakal •sakit sendi dan urat • kencing manis • gastrik • sakit kulit • gangguan makhluk halus • dan banyak lagi

Sila hubungi En. Mansor / Pn. Jawahir jika anda berminat menyertai Kursus ini.

 
       
 

ORDER ONLINE

 
   
         

Home I Lokasi I Rawatan CVT I Ahlusyifa I Rawatan Jarak Jauh I Servis I Produk I Kursus I Pesanan I Pertanyaan

Copyright © 2003 Pusat Rawatan Al-Muntadzar. All Right Reserve
E-mail : almuntadzar@harmonisers.net
Term Of Use l Privacy & Policy
Created by: MyNetx