RAWATAN
INSTRUKTIF
Penyembuhan
instruktif adalah berdasarkan kepada konsep bahawa tubuh mempunyai atau
memiliki kesedaran dan kecerdasan. Kesedaran dan kecerdasan tubuh ini
menyebabkan ia mampu menerima dan mengikut perintah.
Kesedaran
dan kecerdasan tubuh dinamakan fikiran bawah sedar. Istilah fikiran bawah
sedar menunjukkan tubuh berada di bawah tingkat kesedaran biasa. Kawalan
fikiran bawah sedar menyebabkan pelbagai sistem tubuh mampu berfungsi
secara otomatik dan secara harmonis. Ianya juga dapat menghasilkan tindakan
biokimia yang sangat kompleks yang terjadi secara harmonis di dalam tubuh.
Cakra
juga mempunyai kesedaran dan kecerdasan yang dinamakan fikiran bawah sedar
cakra. Oleh sebab itu, cakra dapat mengawal dan memberi energi. Cakra
dan fikiran bawah sedar cakra berada dalam kawalan fikiran bawah sedar
fizik.
Organ-organ
juga mempunyai kesedaran dan kecerdasan yang dinamai fikiran bawah sedar
organik. Organ-organ dan fikiran bawah sedar organik dikawal oleh cakra
major atau fikiran bawah sedar cakra yang berkaitan. Fikiran bawah sedar
organik sama dengan cakra minor. Sel-sel juga mempunyai kesedaran dan
kecerdasan yang dinamai fikiran bawah sedar selular. Sel-sel dan fikiran
bawah sedar selular berada dalam kawalan fikiran bawah sedar organik.
Berdasarkan
keterangan di atas, perintah dapat diberikan secara langsung kepada sel,
organ, cakra dan kepada fikiran bawah sedar fizik. Dengan perintah yang
diulang-ulang dan dinyatakan secara lembut dan senyap (gema suara) dapat
mempercepatkan halaju pemulihan.
Berbicaralah
dan buatlah penegasan secara lembut dan penuh kasih sayang kepada tubuh,
organ, cakra dan bahagian anggota yang terganggu dan mintalah agar ia
lekas sembuh.
Penyembuhan
instruktif adalah sebahagian daripada penyembuhan prana Ahlusyifa. Bagi
kes ringan, ia mendatangkan hasil yang baik, tetapi bagi kes berat ianya
memerlukan perawatan prana Ahlusyifa. Penyembuhan instruktif digunakan
semasa atau selepas perawatan prana Ahlusyifa untuk meningkatkan halaju
penyembuhan.
RAWATAN
PREVENTIF
Tahap
awal yang harus diperhatikan dalam penyembuhan sesuatu penyakit adalah
melakukan penyembuhan preventif.
a.
Lakukan Nafas yang benar.
Nafas
yang dilakukan dengan sedar dan benar akan menghasilkan energi. Cara
bernafas yang benar adalah dengan mengembungkan perut ketika menarik
nafas dan mengempiskannya ketika kita hembuskan.
Salah satu teknik untuk menghilangkan penyakit sesak di dada adalah
dengan menarik nafas, tahan di perut beberapa saat sambil membayangkan
dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Kemudian hembuskan nafas sambil
mengucapkan istighfar dalam hati. Jika dilakukan berulang-ulang sambil
menyadari nafas anda, insyaAllah dalam beberapa saat dada akan merasa
ringan. Ketika kita berzikir atau berdoa sambil menyadari nafas kita
maka akan ada energi yang terpancar dari doa atau zikir yang kita ucapkan.
b.
Latihan Fizik yang Cukup dan Benar
Latihan
fizik yang kita lakukan mempunyai efek pembersih secara fizik dan secara
eterik.
Secara fizik, zat-zat racun dan limbah yang ada dalam tubuh kita dibuang
melalui keringat dan peredaran darah akan menjadi lebih baik.
Solat-solat yang dilakukan beberapa rakaat jika dilakukan dengan penuh
kesedaran, selain memiliki nilai-nilai ibadah secara ritual juga memiliki
nilai latihan secara fizik.
c.
Jaga Kesihatan Tubuh Eterik
Kesihatan
yang harus kita perhatikan meliputi kesihatan tubuh secara fizik kesihatan
secara emosional, kesihatan secara rohani dan kesihatan secara eterik.
Menghisap rokok adalah satu hal yang dapat mencemari tubuh kita secara
fizik dan secara eterik. Seorang perokok akan mengalami pencemaran pada
beberapa cakra utama sehingga Aura tubuhnya menjadi kecil dan berwarna
gelap. Demikian pula dengan orang yang memiliki kebiasaan meminum minuman
keras dan ubat-ubat terlarang lainnya. Tempat-tempat tertentu seperti
Rumah sakit, kuburan tempat pembuangan sampah, disko, bar, rumah maksiat
memiliki eterik yang sangat kotor yang akan mencemari manusia yang berada
pada tempat tersebut dalam jangkamasa yang lama.
d.
Jaga kebersihan rohani dan jasmani
Fikiran
dan sikap positif seperti Rasa Bahagia, kebaikan, kegembiraan, keghairahan
dan sebagainya akan meningkatkan lagi energi tubuh secara fizik dan
eterik.
Emosi negatif atau dikenal dengan penyakit hati seperti kemarahan, kebencian,
rasa cemburu berlebihan, tidak percaya diri, takabur, ujub dan yang
sejenisnya akan mengganggu Cakra Solar Plexus dan secara fizik akan
merosakkan organ-organ penting dalam tubuh kita seperti jantung, paru-paru,
hati dan lain-lain.
Menyimpan
dan memelihara penyakit hati dalam waktu yang berpanjangan akan mengakibatkan
penyakit:
1. Migrain
2. Sinusitis Akut
3. Glaukoma
4. Penyakit pernafasan
5. Penyakit jantung
6. Diabetes
7. Tekanan darah tinggi
8. Rosak ginjal
9. Radang sendi / reumatik
10. Kanser
11. Penyakit usus
12. Radang hati
13. Kolesterol tinggi
e.
Pemaaf dan pencinta
Beberapa
penyakit diakibatkan oleh emosi yang tidak terkawal. Sikap dendam terhadap
kesalahan orang lain dan kebencian yang sangat dalam akan mengakibatkan
penyakit yang cukup berat secara fizik.
Penyelesaian yang terbaik adalah dengan memaafkan kesalahan orang lain,
atau kita minta maaf atas kesalahan kita terhadap orang lain.
Tindakan memaafkan memiliki sifat menyembuhkan dan sangat perlu untuk
kesihatan mental dan rohani kita. Selain itu, Cakra Solar Plexus dan
cakra-cakra lain akan menjadi normal dan sihat.
Tanamkan rasa cinta kasih kepada sesama makhluk ciptaan Tuhan meskipun
dia dari bangsa, agama atau mahzab yang lain dengan kita.
Sikap kritis yang berlebihan juga akan mengakibatkan penyakit secara
fizik.
f.
Menjaga makanan yang masuk ke dalam tubuh
Makanan
yang kita makan harus bersih dan sihat secara fizik, halal secara fikh
dan akhlak, sihat secara eterik.
Makanan yang mengandung unsur sayur-sayuran dan buah yang segar memiliki
eterik yang baik dan boleh meningkatkan aura kita.
Terlalu banyak makan daging, makanan berpengawet, makanan segera dan
sejenisnya selain mahal, juga sangat buruk secara eterik.
Makanan yang secara fiziknya sihat, secara syariat halal juga masih
boleh tercemar secara eterik jika orang yang memasak makanan tersebut
memiliki akhlak atau emosi yang buruk. Eterik kotor akibat akhlaknya
akan mencemari makanan itu sehingga secara eterik menjadi tidak sihat.
g.
Pelihara hubungan sosial
Seseorang
yang sering menyakiti orang lain, merampas hak orang lain, memutus rezeki
orang lain akan mengalami balasan dalam bentuk penyakit paru-paru yang
parah dan dia akan sangat sulit bernafas dan tersengal-sengal.
Kunci utama untuk menuju kesihatan yang baik adalah dengan menghindari
kekejaman terhadap sesama manusia bahkan makhluk ciptaan Tuhan
|