" Kebahagiaan Anda Matlamat Kami"
  Selamat Datang Ke Pusat Rawatan Al-Muntadzar  

 
Prof. Dr. Norhisham Wahab, Pengasas Colour Vibration Therapy (CVT)

 

   

Kenali Warna Diri Anda

Mengenal warna diri anda akan mengenali personaliti dan mengetahui kelemahan diri anda. Dengan mengetahui kelemahan diri anda akan mengetahui penyakit-penyakit yang boleh anda hadapi dan dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.

  • Apabila anda ingin mengenali diri anda, anda dinasihatkan bermula dengan mengenali konsep warna dalam kehidupan. Perhatikan dengan mata hati dan minda yang terbuka luas tentang warna dalam pengertian penyakit dan banyak lagi.
  • Mengenali warna diri, sebenarnya anda akan mula mengenali personaliti anda yang sebenar. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tidak tanduk anda berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamana, ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang warna kelemahan yang sedang dilaluinya.
  • Pemakaian warna-warna kelemahan ini akan menambahpendamkan getaran warna dalaman sama ada berlebihan atau berkurangan yang menjadi simptom atau gangguan ini menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah.

    SPIRITUAL / ANGIN / SYARIAT - PUTIH

    Anda merupakan seorang yang amat peka dengan suasana dan bijak membaca situasi sehingga anda mampu menjadi seorang perancang dalam pelbagai bidang. Berjaya dalam bidang akademik. Mempunyai keyakinan yang tinggi dan potensi menaikkan semangat orang lain. Layak menjadi ketua kerana mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Cekal serta tabah dalam mengharungi perjuangan hidup. Amat berminat dalam seni muzik.

    EMOSI / API / TARIQAT - MERAH JAMBU

    Anda merupakan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran yang terbuka. Anda memahami perasaan orang lain dan begitu rasional dalam membuat sebarang keputusan. Anda juga seorang yang matang dalam kehidupan dan mempunyai sifat pemurah. Anda tersendiri dan meminati bidang kreatif.

    MENTAL / AIR / HAKIKAT - HIJAU

    Anda seorang yag kuat berfikir dan mempunyai daya ingatan yang tinggi. Anda amat bijak dalam membuat analisa dan merangka objektif sesuatu gerak-kerja. Selain dari itu anda bijak dalam membuat perkiraan dan untung rugi. Dari segi pergaulan anda mudah bergaul dengan sesiapa sahaja kerana anda seorang yang peramah dan mudah mengingati seseorang.

    FIZIKAL / TANAH / MAKRIFAT - BIRU

    Anda seorang intelektual dan berjaya dalam akademik. Anda juga seorang yang agresif dan mempunyai pandangan jauh. Keterampilan anda penuh gaya dan kemas serta mempunyai cita-cita tinggi dalam kerjaya dan hidup. Anda layak menjadi pemimpin kerana ketegasan serta kecekalan anda. Selain itu anda mempunyai kebolehan fizikal yang mengkagumkan terutama bersukan serta kerja berat.

    *dengan kaedah Dianosis Kinesiologi oleh Colour Vibration Therapy, anda boleh mengetahui warna perisai diri anda*

 

 

 
       
 

ORDER ONLINE

 
   
         

Home I Lokasi I Rawatan CVT I Ahlusyifa I Rawatan Jarak Jauh I Servis I Produk I Kursus I Pesanan I Pertanyaan

Copyright © 2003 Pusat Rawatan Al-Muntadzar. All Right Reserve
E-mail : almuntadzar@harmonisers.net
Term Of Use l Privacy & Policy
Created by: MyNetx